Pages

Followers

Saturday 10 December 2011

Sifir Gaji Guru Bermula Januari 2012

Setelah beberapa bulan menunggu, akhirnya tangga gaji baru guru@sifir gaji guru baru telah dikeluarkan dibawah  skim SPBP.

Rancangan Pengajaran Pendidikan Jasmani( Badminton)

Rancangan Pengajaran Pendidikan Jasmani Panang



Refleksi Pengajaran Makro

Kekuatan

Daripada P&P yang saya jalankan, didapati murid dapat melalukan servis pendek dan servis panjang dengan teknik yang betul. Perjalanan P&P dapat berjalan seperti yang dirancang dan maklum balas daripada murid, suara saya yang lantang dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Sebagai guru, saya juga harus memberi peneguhan yang positif seperti memberi kata-kata pujian kepada murid-murid saya walaupun bulu tangkis murid . Ini akan memberikan keyakinan kepada mereka bagi menjawab soalan atau menjalankan sesuatu kemahiran pada masa yang akan datang.
Selain itu, apabila saya menjalankan pengajaran makro ini, ketenangan dalam mengawal suara juga saya harus utamakan kerana ia akan menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Suara guru harus jelas dan tidak mendatar sahaja kerana semasa mengajar, saya berada di luar kelas dan terdedah kepada kebisingan luar . Hal ini kemungkinan akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain jika penyampaian guru itu menarik. Murid juga akan lebih menghormati guru sekiranya penyampaian guru di dalam kelas lebih jelas dan berkesan. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh guru sekaligus dapat mencapai pengajaran yang berkesan.
Saya rasa murid saya juga dapat melibatkan diri secara aktif semasa P&P dijalankan. Murid saya sangat bersungguh-sungguh semasa melakukan sesuatu kemahiran yang saya ajar. Mereka sangat seronok dan ingin menyambung topik badminton ini lagi pada minggu yang akan datang.


Kelemahan

Kelemahan yang dapat saya kenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan pada setiap langkah pengajaran. Kadang-kadang kita sebagai guru tidak dapat lari daripada masalah ini. Oleh kerana murid terlalu teruja untuk belajar sesuatu kemahiran yang diajar, mereka boleh menyebabkan keadaan yang yang tidak terkawal. Mereka akan menunjuk-nunjuk kepada rakan sebelum guru sempat mengajar sesuatu kemahiran.
Kelemahan dalam pengajaran mikro yang saya jalankan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Oleh kerana murid-murid menjalankan aktiviti amali di luar kelas, kebisingan dan kawalan kelas yang berkesan sangat diperlukan . Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Guru juga harus melibatkan semua murid dalam aktiviti ini. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.


Penambahbaikan Pengajaran Makro

Jika saya diberi peluang mengajar topic serta kemahiran yang sama, saya berjanji akan membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Saya boleh menukar kaedah pengajaran jika kaedah sebelumnya kurang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro yang saya jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan penyampaian pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Guru dapat menyampaikan maklumat atau isi pengajaran  yang berkesan kepada murid jika ketetapan masa diutamakan. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Saya juga akan cuba menepati masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Sebagai guru, saya juga perlu memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia akan menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Sebagai seorang guru juga, saya harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

Tuesday 6 December 2011

Kemahiran Asas Badminton (Servis)

Servis Pendek

Cara-cara melakukan servis pendek
Ø  Berdiri sisi, sebelah kaki di hadapan
Ø  Hayun raket ke belakang
Ø  Siku bengkok hampir ke badan
Ø  Tangan kiri pegang bulu tangkis
Ø  Lepaskan bulu tangkis
Ø  Hayun raket pantas ke hadapan
Ø  Pukul bulu tangkis di hadapan kaki kiri
Ø  Pandang ke sasaran



Cara-cara melakukan servis panjang
Servis Panjang

Ø  Pandang bulu tangkis
Ø  Hayun raket ke belakang
Ø  Sebelah tangan lagi diluruskan
Ø  Hayun raket dengan tangan lurus
Ø  Pukul bulu tangkis pada jangkauan yang tinggi

Monday 28 November 2011

Peraturan Permainan


Peraturan dan undang-undang permainan badminton ditetapkan oleh BWF.

Sistem Pemarkahan :
o   Tiga pusingan untuk satu permainan dengan kiraan 21 mata.
o   Setiap kali serve, pemain akan dapat mata.
o   Pada kedudukan mata 20 sama, tambahan dua mata (deuce) akan diberikan kepada pemain.
o   Pemain yang dapat menambah dua mata tambahan akan menang .
o   Manakala apabila kedua pemain terikat pada 29 sama, pemain yang dapat menambah mata menjadikan kedudukan 30 akan memenangi permainan tersebut.
o   Permain yang menang pada set pertama akan memulakan permainan pada set kedua.
o   Jarak masa antara permainan dan menamatkan permainan. Apabila pemain mendahului pihak lawan dengan 11 mata, pemain mempunyai 60 saat jarak masa antara perlawanan.
o   Jarak masa 2 minit di antara setiap perlawanan dibenarkan.
o   Dalam set ketiga, pemain diberi peluang untuk menamatkan perlawanan apabila mendahului dengan 11 mata.
o   Sistem Kedudukan Pemain Badminton Dunia. Sistem pengiraan mata pemain badminton bagi kedudukan dunia dibahagi kepada lima displin iaitu perseorangan lelaki, perseorangan wanita, beregu lelaki, beregu wanita dan beregu campuran.
o   Status kedudukan pemain diperakui oleh Badminton of World Federation (BWF).
o   Berjaya mengutip mata bagi kedudukan dunia dalam kejohanan yang disertai kutipan mata bagi kedudukan dunia untuk setiap pemain akan bertambah apabila mereka menyertai dua atau lebih kejohanan dalam masa 12 bulan setahun.
o   Menyertai setiap kejohanan dan menang dalam kejohanan yang disertai.
o   Menyertai kejohanan dunia akan mendapat banyak mata sekiranya menang.
o   Pemain pilihan dilihat melalui kedudukan dunia.
o   Kelayakan untuk Sukan Olimpik dan kejohanan dunia juga dikira berpandukan kedudukan dunia.