Pages

Followers

Saturday, 10 December 2011

Rancangan Pengajaran Pendidikan Jasmani( Badminton)

Rancangan Pengajaran Pendidikan Jasmani Panang



Refleksi Pengajaran Makro

Kekuatan

Daripada P&P yang saya jalankan, didapati murid dapat melalukan servis pendek dan servis panjang dengan teknik yang betul. Perjalanan P&P dapat berjalan seperti yang dirancang dan maklum balas daripada murid, suara saya yang lantang dapat memudahkan murid mendengar seterusnya membantu pemahaman murid terhadap apa yang disampaikan oleh saya. Sebagai guru, saya juga harus memberi peneguhan yang positif seperti memberi kata-kata pujian kepada murid-murid saya walaupun bulu tangkis murid . Ini akan memberikan keyakinan kepada mereka bagi menjawab soalan atau menjalankan sesuatu kemahiran pada masa yang akan datang.
Selain itu, apabila saya menjalankan pengajaran makro ini, ketenangan dalam mengawal suara juga saya harus utamakan kerana ia akan menunjukkan ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Suara guru harus jelas dan tidak mendatar sahaja kerana semasa mengajar, saya berada di luar kelas dan terdedah kepada kebisingan luar . Hal ini kemungkinan akan memberi kesan kepada tumpuan dan fokus murid. Murid akan lebih tertumpu kepada penyampaian isi pelajaran tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain jika penyampaian guru itu menarik. Murid juga akan lebih menghormati guru sekiranya penyampaian guru di dalam kelas lebih jelas dan berkesan. Kejelasan memberikan arahan juga merupakan kekuatan yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran. Kejelasan penyampaian memainkan peranan dalam kefahaman murid. Hal ini sangat berkaitan dengan tindakan susulan murid. Arahan yang diberi jelas, memudahkan murid faham, seterusnya melakukan tugas mengikut arahan dan panduan yang diberikan oleh guru sekaligus dapat mencapai pengajaran yang berkesan.
Saya rasa murid saya juga dapat melibatkan diri secara aktif semasa P&P dijalankan. Murid saya sangat bersungguh-sungguh semasa melakukan sesuatu kemahiran yang saya ajar. Mereka sangat seronok dan ingin menyambung topik badminton ini lagi pada minggu yang akan datang.


Kelemahan

Kelemahan yang dapat saya kenalpasti dalam pelaksanaan tugasan pengajaran makro ini ialah ketepatan mengikut masa yang ditetapkan pada setiap langkah pengajaran. Kadang-kadang kita sebagai guru tidak dapat lari daripada masalah ini. Oleh kerana murid terlalu teruja untuk belajar sesuatu kemahiran yang diajar, mereka boleh menyebabkan keadaan yang yang tidak terkawal. Mereka akan menunjuk-nunjuk kepada rakan sebelum guru sempat mengajar sesuatu kemahiran.
Kelemahan dalam pengajaran mikro yang saya jalankan seterusnya ialah masalah dalam pemantauan kelas. Oleh kerana murid-murid menjalankan aktiviti amali di luar kelas, kebisingan dan kawalan kelas yang berkesan sangat diperlukan . Guru seharusnya berjalan dan memantau setiap aktiviti murid. Guru juga harus melibatkan semua murid dalam aktiviti ini. Melalui cara itu, guru dapat mengawal keadaan dan suasana kelas dengan lebih baik.


Penambahbaikan Pengajaran Makro

Jika saya diberi peluang mengajar topic serta kemahiran yang sama, saya berjanji akan membuat penambahbaikan bagi meningkatkan kualiti pengajaran. Saya boleh menukar kaedah pengajaran jika kaedah sebelumnya kurang berkesan semasa proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Berdasarkan kelemahan dan kekurangan dalam tugasan pengajaran makro yang saya jalankan, penambahbaikan yang perlu dilakukan ialah ketepatan penggunaan masa dan penyampaian pelajaran serta pemantauan murid di dalam kelas. Saya perlu menepati ketetapan masa seperti yang ditentukan dalam Rancangan Pengajaran Harian. Guru dapat menyampaikan maklumat atau isi pengajaran  yang berkesan kepada murid jika ketetapan masa diutamakan. Hal ini juga akan memudahkan guru menyelesaikan setiap bahagian penyampaian pengajaran dari permulaan sesi pengajaran hingga tamat. Saya juga akan cuba menepati masa untuk proses pengajaran dan pembelajaran yang seterusnya.
Sebagai guru, saya juga perlu memantau dan melihat setiap aktiviti yang dilakukan oleh murid ketika proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Kaedah ini sangat membantu guru dalam mengawal murid di dalam kelas, sama ada mengawal tingkah laku murid, atau membantu ketidak fahaman murid terhadap pelajaran secara seta merta. Perkara ini perlu dilakukan oleh setiap guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Ia akan menunjukkan interaksi dan komunikasi yang berkesan antara guru dengan murid. Sebagai seorang guru juga, saya harus memiliki kemahiran komunikasi yang tinggi serta berkemampuan menyampaikan idea dan mesej dengan berkesan dalam pelbagai situasi.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen

Post a Comment