Pages

Followers

Thursday 29 September 2011

Semester Pertama (Flashback) Part 2: Manusia Itu Tidak Sempurna


.......... tetapi pengurusan kuliah di UPSI jauh berbeza berbanding dengan UTHM. Kuliahnya tak banyak tapi assignment maintain banyak. Hehehe.. Pembelajaran secara online pun turut menjadi satu cabaran besar buat saya. Maklumlah, saya ni kategori buta IT. Pegang komputer pun selepas habis belajar di Sekolah Menengah (ketika masuk maktab). Kuno kan? Ye.. Saya jauh ketinggalan kalau bab-bab IT. Maklumlah.. Saya ni berasal dari rumah panjang. Tiada bekalan elektrik.. apatah lagi sebuah mesin yang bernama 'Komputer'.
Biar Buta IT Jangan Buta Hati

Tapi semua itu saya sanggup hadapi. Sebab tak pandai lah kita harus belajar bak kata siri animasi Upin dan Ipin kartun kegemaran Easter Cassandra putri kesayangan saya. Semangat meneroka dunia online menyebabkan saya berkorban siang malam hanya untuk mengadap komputer sehingga ke pukul 3 pagi. Rajin kan?? ye.. saya paling rajin melayan facebook. hehehe. Saya bukan berchatting kosong tetapi saya rajin bertanya itu dan ini dan saling update perbincangan antara rakan2 seperjuangan di UPSI. oh.. takpe, takpe. cukup2 lah puji saya rajin. Bila masuk bab berforum dan buat assignment hampir terkeluar biji mata menahan betapa mengantuknya saya. Yang paling tension, assignment tak berjaya submit. walaweiii.. pinsan!
 -
-
betul.. betul.. betul

Saya tak salahkan UPSI bila assignment tidak berjaya di submit. Saya tau itu silap saya sendiri. Saya yang lambat buat kerja dan submit last minute. Trafic internet pasti tinggi ketika itu. So, hasilnya jem... Jadi pengajarannya. "Jangan Buat Kerja Last Minute"

Meskipun terkial-kial, Semester Satu tamat dengan jayanya. Markah pointer tak lah bling-bling seperti sesetengah rakan. Tetapi saya tetap bersyukur . ermm.. facebook takde markah. kalau lah ada. Mesti saya dpt A+ (4pointer). 

Bermulah sesi untuk mendaftar subjek semester 2......
Masalah besar: "UPSI TIDAK ADA OPSYEN KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH?" Bolehkah kalian bayangkan perasaan saya? Satu Semester saya perasan seorang diri yang saya mengambil opsyen Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Sekali lagi momentum saya down. Saya salahkan banyak pihak. Tetapi isteri saya yang baik hati tu berkata. "Manusia Itu Tidak Sempurna". Dia kata.. pergilah berbincang dengan BPG. 

Dengan rasa berat hati, saya melangkah juga ke BPG di Putrajaya. Saya taknak pergi seorang. Saya bawa sekali isteri saya yang baru lepas bersalin 2 minggu. (Sila jangan tampor saya). Tujuan saya bawa dia, sebab dia suka berfikir dan dia begitu faham selok belok perangai orang pejabat. Apapun, usaha saya ke BPG tidak sia-sia. Perbincangan saya dengan pegawai di BPG memutuskan untuk saya bertukar opsyen. Akhirnya saya bertukar ke opsyen Pendidikan Jasmani Sekolah Rendah. Begitulah kisahnya...

Inilah rupa makhluk yang saya bawa bersiar-siar di BPG, Putrajaya seawal usianya menginjak 2 minggu.

Wednesday 28 September 2011

Kasihnya Ibu Berkorban Nyawa..

Ini adalah kisah benar tentang pengorbanan seorang ibu ketika gempa bumi melanda Cina. Ketika gempa bumi telah reda, sewaktu pasukan penyelamat tiba di sebuah rumah yang telah musnah milik seorang wanita muda, mereka terlihat sekujur badan dicelah-celah runtuhan tersebut. Kedudukan bentuk badannya agak pelik seolah-olah dia sedang melutut (seperti orang yg sedang bersembahyang/berdoa), dengan badannye menunduk ke hadapan dan kedua-dua tangannya seperti diampu sesuatu objek. Runtuhan rumah tersebut telah terkena pada bahagian belakang dan kepalanya.

Ketua pasukan penyelamat dengan bersungguh-sungguh cuba untuk mencapai wanita tersebut melalui celahan runtuhan tersebut dengan harapan wanita tersebut masih hidup. Namun begitu, keadaan badan wanita tersebut yg sejuk dan kaku menunjukkan yang dia sudah tiada lagi. Pasukan penyelamat lantas terus meninggalkan rumah wanita tersebut.


Tiba-tiba, ketua pasukan penyelamat merasakan seperti ade sesuatu yang tidak kena, lalu berpatah balik ke rumah tersebut. Dia telah berlutut sekali lagi dan cuba mncapai sedaya upayanya dicelah runtuhan untuk mencapai sedikit ruang kosong di bawah mayat wanita tersebut. Tiba-tiba, dia menjerit, “ada bayi, ada bayi disini!!” Lantas seluruh pasukan penyelamat bekerjasama mengalihakn sisa runtuhan disekeliling mayat wanita tersebut. Ape yang mereka lihat ada seorang bayi lelaki yang berusia 3bulan yang berbalut deangan selimut di dalam pelukan wanita tersebut. Ternyata wanita tersebut telah terkorban ketika melindungi bayinya. Ketika gempa bumi berlaku, dia telah menggunakan tubuhnya sebagai perisai pelindung bagi bayinya. Bayi tersebut masih nyenyak tidur ketika ketua pasukan penyelamat mengangkatnya keluar dari celah runtuhan.


Doktor dengan pantas memeriksa keadaan bayi lelaki tersebut dan ketika doctor membuka balutan selimut bayi itu, dia terjumpa sebuah telefon bimbit dan terpampang di skrin telefon tersebut sepotong pesanan bertaip “ANAKKU SAYANG, BILA KAMU SELAMAT, INGATLAH MAMA MENYINTAI KAMU SELAMANYA..” Pesanan ini telah dibaca oleh semua orang yang berada di situ, dan mereka semua menangis dan tersentuh.


“ANAKKU SAYANG, BILA KAMU SELAMAT, INGATLAH MAMA MENYINTAI KAMU SELAMANYA..” Begitu besarnya kasih sayang seorang Ibu...!!
Jangan lupa untuk berkongsi kisah ini ye sahabat2...
 




Video

Thursday 22 September 2011

Semester Pertama (Flashback)

Permohonan saya untuk melanjutkan pelajaran BERJAYA!!!
Makhluk pertama yang mengetahui keputusan ini ialah isteri. Dialah orang pertama yang menyampaikan berita baik ini kepada saya. Sungguh rajin isteri saya membuat semakan online kan? Saya sendiri dah naik bosan membuat semakan tapi line busy je. 

Oh ya..
Pada mulanya saya ditawarkan di UTHM kampus utama Batu Pahat pengajian Kemahiran Hidup.
Jauh kan? Sebab saya tinggal di Kuala Lumpur. Mesti kurus si 'harimau malaya' peliharaan saya kalau begini gayanya yang terpaksa travel 2 minggu sekali untuk tujuan kuliah. Tapi isteri berkata.. chaiyok!!!!

Harimau saya yang suka termenung

Ermmm.. Walaupun mendapat ucapan tahniah dari isteri tetapi saya yakin jauh di sudut hatinya timbul perbagai perasaan. Terutama ketika saya membaca entry di dalam blog Myluv-Sylvia. (sila klik kalau nak baca). 

Dan, kuliah pertama sangatlah memenatkan. Bermalam di hotel seorang diri amatlah membosankan. Teringin nak bawa isteri dan anak bersama. Tetapi saya tak sanggup menyusahkan isteri yang sarat mengandung. Mesti dia pun triple penat. 

Akhirnya keputusan pun dibuat. Saya rajinkan diri menulis surat rayuan untuk bertukar Universiti. UPSI adalah pilihan utama kerana UPSI turut menawarkan opsyen Kemahiran Hidup. Fuhhhh kanan fuh kiri!!! Dannnnn....
-
-
-

Keputusannya BERJAYA!!

Syukur sekali lagi. UPSI - Kuala Lumpur hanya 1 jam perjalanan menaiki kereta. Tetapi ..... (Bersambung)...

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Salam Sejahtera.
Untuk entry yang pertama ini saya perkenalkan diri saya dan menceritakan sedikit suka-duka pengalaman saya bergelar seorang pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan 'cikgu'
-
-

Ye. Nama saya Panang Anak Nyarapong. Saya berketuruan Iban dan bukannya Siam......Tulen Iban ye.....
Lepasan MPTAR, Sarawak (2005)


11 Januari 2006 merupakan tarikh keramat kerana ia merupakan tarikh lantikan saya sebagai seorang penjawat awam. Syukur. Menjadi seorang penjawat awam merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya ditugaskan mengajar di SK Oyan Tengah, Kapit. Sebuah sekolah pedalaman yang serba kekurangan. Tiada bekalan elektrik mahupun bekalan air paip melainkan hanya menggunakan enginerator dan air hujan sahaja. Ketika tiba di sana, saya dimaklumkan bahawa kuaters tidak cukup dan kami terpaksa berkongsi. Tak apalah.Yang penting sekali, saya boleh mengajar dan mendidik anak kecil di pedalaman ini.
-

-
Kena pandai baiki enginerator yang rosak. hehehe..
-
-
 Lebih kurang beginilah jalan ke SK Oyan Tengah, Kapit
-
-
Ragam orang Kapit ( I Will Survive Katanya)

Mengajar di pedalaman memerlukan banyak pengorbanan. Perasaan rindu kepada keluarga hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya tidak dapat menghubungi keluarga kerana tidak ada talian telefon. Telefon bimbit hanya akan berfungsi ketika berada di Pekan Kapit (yang kami akan kunjungi untuk membeli keperluan harian sebulan sekali). Bertemu dan bersama keluarga hanya ketika cuti sekolah. Semuanya tidak menjadi masalah buat saya. Cuma timbul sedikit perasaan risau kerana ketika itu saya terpaksa meninggalkan isteri daripada saat awal perkahwinan kami sehinggalah kami memperolehi seorang cahaya mata. Sedikit catatan dari isteri saya boleh dibaca disini.

Buah Hati Pengarang Jantung

Bagaimanapun, rindu dan keinginan untuk bersama dengan keluarga tersayang begitu menggunung. Jarak antara saya, isteri dan anak semakin jauh apabila isteri menjawat jawatan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Kuala Lumpur). Saya mencuba nasib untuk memohon ditukarkan. Permohonan bertukar bukan disebabkan saya benci untuk mengajar di pedalaman. Tetapi saya memikirkan masa depan anak dan masalah isteri yang berkeseorangan di perantauan. Akhirnya, permohonan diterima dan saya mengajar di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Senyum... =D