Pages

Followers

Thursday 22 September 2011

Sekapur Sirih Seulas Pinang

Salam Sejahtera.
Untuk entry yang pertama ini saya perkenalkan diri saya dan menceritakan sedikit suka-duka pengalaman saya bergelar seorang pendidik atau lebih sinonim dengan panggilan 'cikgu'
-
-

Ye. Nama saya Panang Anak Nyarapong. Saya berketuruan Iban dan bukannya Siam......Tulen Iban ye.....
Lepasan MPTAR, Sarawak (2005)


11 Januari 2006 merupakan tarikh keramat kerana ia merupakan tarikh lantikan saya sebagai seorang penjawat awam. Syukur. Menjadi seorang penjawat awam merupakan impian saya sejak kecil lagi. Saya ditugaskan mengajar di SK Oyan Tengah, Kapit. Sebuah sekolah pedalaman yang serba kekurangan. Tiada bekalan elektrik mahupun bekalan air paip melainkan hanya menggunakan enginerator dan air hujan sahaja. Ketika tiba di sana, saya dimaklumkan bahawa kuaters tidak cukup dan kami terpaksa berkongsi. Tak apalah.Yang penting sekali, saya boleh mengajar dan mendidik anak kecil di pedalaman ini.
-

-
Kena pandai baiki enginerator yang rosak. hehehe..
-
-
 Lebih kurang beginilah jalan ke SK Oyan Tengah, Kapit
-
-
Ragam orang Kapit ( I Will Survive Katanya)

Mengajar di pedalaman memerlukan banyak pengorbanan. Perasaan rindu kepada keluarga hanya Tuhan sahaja yang tahu. Saya tidak dapat menghubungi keluarga kerana tidak ada talian telefon. Telefon bimbit hanya akan berfungsi ketika berada di Pekan Kapit (yang kami akan kunjungi untuk membeli keperluan harian sebulan sekali). Bertemu dan bersama keluarga hanya ketika cuti sekolah. Semuanya tidak menjadi masalah buat saya. Cuma timbul sedikit perasaan risau kerana ketika itu saya terpaksa meninggalkan isteri daripada saat awal perkahwinan kami sehinggalah kami memperolehi seorang cahaya mata. Sedikit catatan dari isteri saya boleh dibaca disini.

Buah Hati Pengarang Jantung

Bagaimanapun, rindu dan keinginan untuk bersama dengan keluarga tersayang begitu menggunung. Jarak antara saya, isteri dan anak semakin jauh apabila isteri menjawat jawatan di Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (Kuala Lumpur). Saya mencuba nasib untuk memohon ditukarkan. Permohonan bertukar bukan disebabkan saya benci untuk mengajar di pedalaman. Tetapi saya memikirkan masa depan anak dan masalah isteri yang berkeseorangan di perantauan. Akhirnya, permohonan diterima dan saya mengajar di SK Setiawangsa, Kuala Lumpur.


Senyum... =D

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana sudi memberi komen